Sunday, 25 September 2011

Sepang Gold Coast

Namanya segah binaannya. Mengambil ilham daripada penciptaan Palm jumeirah, dubai maka terhasillah Sepang gold coast (SGC) ataupun Golden Palm Tree ini. Projek ini merupakan projek penginapan mewah dan uniknya ia dibina di atas permukaan air dan merupakan binaan pertama di asia.

Projek ini adalah dari usaha sama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan pemaju Sepang Gold Coast Sdn. Bhd juga bersama Sepang Bay Sdn. Bhd. Anggaran kos projek ini adalah hampir mencecah  RM3 billion.

Projek ini dibina diatas tanah seluas 20 ekar dan villa pula mengunjur ke sejauh 1.5 kilometer ke tengah laut selat melaka. Golden Palm tree ini menawarkan 393 villa penginapan.  Villa yang ditawarkan adalah Travelers Plam villa, premeir Travelers Plam Villa, Canary Plam Villa, Ivory Palm Villa dan Royale Plam villa. Villa-villa inilah yang membentuk pepohon kelapa sawit ini. Harga bagi unit-unit ini adah berbeza di antara 570 kaki persegi pada RM571,815 ndan 2422 kaki persegi yang dijual dengan harga RM2,500.696

Pembangunan projek ini telah dibahagikan kepada 3 fasa.
 i.  Fasa pertama pembinaan adalah memberi pengkhususan kepada pembanguna Golden palm tree villa yang
     dibina diatas permukaan air.
 ii. Fasa kedua dipanggil Escapade. Pembinaannya tertumpu kepada kawasan-kawasan aktiviti sekitar SGC,
     restoran dan kelab yanag dimulakan pembinaannya pada april 2010 dan dijangka siap pada akhir bulan
     september pada tahun yang sama.
iii. Fasa ke tiga pula menumpukan terhadap projek resort tropika laut. Projek ini menelan belanja RM300 juta
    dan akan dimulakan pada bulan September.

SGC dijangkan siap sepenuhnya pada tahun 2012.- Pengurus Besar SGC, Francis Lee

Hasil daripada projek ini adalah terbinanya satu penginapan yang dibina di atas permukaan air dan juga di persisir pantan Bagan Lalang dan akan menjadi satu projek pembangunan atas air terpanjang di Asia. Juga keunikannya yang berbentuk seperti pokok palma yang dapat dilihat dari pemandangan di udara.


Gambar :





Wednesday, 21 September 2011

Quote



"I belive that, with anyting in life, if you have the patience, desire and passion, you can do whatever you set your mind to" 

Ed Viesturs